English (United Kingdom)简体中文Malay(Indonesia)

Dengan pasaran kewangan yang kian terbuka, syarikat-syarikat kini mempunyai lebih banyak wadah bagi menyelenggara dana dan memanfaatkan pasaran wang dunia untuk menjana pertumbuhan perniagaan.

Stratagem Consultants bekerja rapat dengan para pelanggan kami untuk melakar dan melaksanakan rencana perhubungan kewangan yang jelas. Strategi perhubungan bersepadu kami menghasilkan mesej yang jelas, selaras dan tepat pada waktu untuk khalayak awam dan pasaran.

Kami juga membantu syarikat untuk disenaraikan di bursa dan telah berjaya melancarkan beberapa IPO di SGX. Kami juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang ingin menyenaraikan diri di bursa-bursa lain seperti di bursa saham Hong Kong (HKSE) dan bursa AIM di London.

Kami menawarkan khidmat nasihat bagi pemposisian, pelakaran mesej dan urusan pembahagian bagi:

  • Penswastaan
  • Tawaran Awam Permulaan (IPO) dan Senarai Kedua
  • Gabungan dan Pengambilalihan (M&A)
  • Pengeluaran Hutang
  • Pengurusan Aset
  • Rombakan Korporat
  • Dana Pelaburan Teroka, dan
  • Pentadbiran korporat/Penzahiran Korporat.

Kami juga bekerjasama dengan beberapa syarikat tersenarai untuk mengurus program perhubungan pelabur setelah mereka disenaraikan di bursa-bursa seperdi SGX dan HKSE.

 
Copyright © 2012-2015 Stratagem Consultants Pte Ltd