English (United Kingdom)简体中文Malay(Indonesia)

Teknologi dan Internet kini menjadi penggerak utama bagi perniagaan dan pengembangan korporat. Dengan menggunakan kelebihan teknologi, terutamanya Internet dan media sosial, perniagaan dapat berkembang dengan pesat untuk meningkatkan keberkesanan kos dalam mendekati pasaran global.

Di Stratagem Consultants, kami membantu syarikat-syarikat mengenalpasti dan menambah nilai perniagaan mereka dengan memanfaatkan tren teknologi. Kami membentuk kempen komunikasi pemasaran dan strategi Internet yang berkesan untuk memantapkan kedudukan pelanggan kami di persada teknologi yang pesat berubah.

Kami mahir dalam memimpin syarikat-syarikat berubah dari perniagaan “brick & mortar" menjadi peniaga Internet, dalam pada itu menambah dimensi baru bagi strategi pemasaran dan model perniagaan dan pendapatan mereka, justeru menghasilkan nilai yang ketara untuk pelanggan kami.

Stratagem Consultants juga membantu perniagaan baru di Internet untuk mengurus dan melaksanakan kempen komunikasi berkesan untuk tingkatkan kesedaran dan pemahaman perniagaan mereka serta menarik perhatian para pelabur dan dana pelaburan teroka yang sesuai.

Kami menawarkan nasihat perhubungan berstrategi dan perkhidmatan yang merangkumi:
  • Penjenamaan dalam talian dan luar talian;
  • Hubungan media Internet/teknologi;
  • Kempen pengiklanan dan promosi; dan
  • Hubungan pelabur dalam talian

 
Copyright © 2012-2015 Stratagem Consultants Pte Ltd