English (United Kingdom)简体中文Malay(Indonesia)

Syarikat berjaya dan pihak pemerintah menyedari sedar bahawa reputasi korporat yang baik dan dipercayai kian mempengaruhi pihak berkepentingan. Sama ada untuk mengurus dana dan memanfaatkan pasaran kewangan bagi perkembangan perniagaan, meraih sokongan padu bagi dasar pemerintahan, menarik bakat-bakat terbaik untuk menyertai pertubuhan mereka, mahupun untuk mendapatkan bahagian pasaran yang terbesar – semua keperluan ini mempunyai satu dasar yang sama. Semua pertubuhan bersaing untuk menarik perhatian dan imaginasi penonton sasaran mereka.

Stratagem ingin bekerja rapat bersama tokoh perniagaan dan pegawai ahli eksekutif yang mengenali nilai komunikasi berstrategi dalam agenda korporat mereka. Berteraskan perkembangan sejagat dan trend pasaran, kami menjana sudut pandangan yang baru bagi membantu pelanggan kami merubah perniagaan mereka untuk meningkatkan pertumbuhan jangka masa panjang. Melalui khidmat nasihat, kami meletakkan pelanggan kami di kedudukan strategik untuk meraih peluang di pasaran, di samping mengenal pasti isu-isu yang menjejaskan perniagaan mereka. Kami juga melakarkan strategi terperinci bagi menangani isu-isu tersebut.

Stratagem Consultants terdiri daripada golongan professional berpengalaman dalam bidang media, perniagaan, perhubungan awam dan komunikasi. Keupayaan kami untuk menyatukan kumpulan bakat yang unik ini seringkali menghasilkan sudut pandangan bernas yang dihargai pelanggan dari pelbagai bidang. Dengan kecekapan yang terbukti dalam melakar rancangan baik dan program yang berkesan, Stratagem Consultants adalah nama yang dipercayai dan tidak asing lagi di kalangan tokoh perniagaan dan pegawai eksekutif rantau ini.

Beribupejabat di Singapura, Stratagem mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam memberi khidmat nasihat serta merancang dan melaksanakan program komunikasi berkesan untuk pelanggan dari pelbagai sektor industri, termasuk perbankan dan kewangan, elektronik dan teknologi. Stratagem juga bekerjasama dengan rangkaian sekutu sejagat di rantau ASEAN, Australia dan New Zealand, dan pasaran besar seperti di Hong Kong, London dan New York untuk menyelaras dan melaksanakan pelbagai program untuk pelanggan.

Strategem Consultants menawarkan rangkaian khidmat lengkap yang terbahagi kepada tiga teras utama:

 
Copyright © 2012-2015 Stratagem Consultants Pte Ltd