English (United Kingdom)简体中文Malay(Indonesia)

Syarikat berjaya hari ini menyedari kepentingan reputasi korporat yang baik di mata pihak berkepentingan, manakala pemerintah yang bijak memahami keperluan sokongan padu orang ramai bagi dasar-dasar pemerintahan mereka. Sama ada untuk mendapatkan dana bagi perkembangan perniagaan, meraih bahagian pasaran yang terbesar, mahupun untuk menarik bakat-bakat terbaik untuk menyertai pertubuhan mereka, semua organisasi mempunyai satu matlamat dasar yang sama: bersaing untuk menarik perhatian dan imaginasi penonton sasaran mereka.

AStratagem Consultants bekerjasama dengan pelbagai syarikat dan agensi awam untuk memasarkan diri mereka melalui pelakaran mesej berkesan, program identiti korporat, kempen seranta kreatif dan liputan media.

Berpangkalan di Singapura, Stratagem Consultants mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam memberi khidmat nasihat serta merancang dan melaksanakan program komunikasi berkesan untuk pelanggan dari pelbagai sektor industri, termasuk perbankan dan kewangan, elektronik dan teknologi.

Stratagem mempunyai rangkaian sekutu sejagat di rantau ASEAN, China, Hong Kong, Jepun, India, UAE / Timur Tengah, Eropah, Rusia, Australia dan New Zealand.

Atas dasar ini, kami berada di kedudukan yang baik untuk menyelaras dan melaksanakan projek-projek untuk pelanggan di merata dunia.

Dengan kecekapan yang terbukti dalam melakar rancangan baik dan melaksana program-program yang berkesan, Stratagem Consultants merupakan nama yang tidak asing dan dipercayai di kalangan tokoh perniagaan, pertubuhan kewangan dan pemerintah, dan badan-badan profesional di rantau ini.

 
Copyright © 2012-2015 Stratagem Consultants Pte Ltd