English (United Kingdom)简体中文Malay(Indonesia)
Akibat persaingan yang kian sengit dan perubahan industri yang tidak menentu, keperluan untuk sesebuah syarikat membezakan diri dari pesaing lain kini semakin genting. Dengan itu, jenama korporat yang kukuh dan relevan menjadi lebih penting untuk menambat kepercayaan orang ramai.

Kami membantu pelanggan kami mengetengahkan perniagaan dan pegawai eksekutif utama mereka. Kami membentuk program penjenamaan dan mesej utama untuk diwarwarkan melalui wadah dan kempen seranta yang sesuai.

Pendekatan kami yang terperinci telah menaikkan nama perniagaan dan pegawai eksekutif pelanggan kami. Ramai pelanggan kami berkembang menjadi pertubuhan yang disegani dan menerima pelbagai anugerah. Ramai juga di antara pelanggan kami yang kini menjadi tokoh awam yang tersohor dan kerap kali dijemput menyertai forum, acara-acara dan lembaga swasta mahupun awam.

Kami juga telah menangani projek perjenamaan semula yang besar, di samping mengendali proses pengswastaan bagi beberapa badan pemerintah Singapura.

Kami juga bekerjasama dengan tokoh-tokoh tempatan dan luar negara dalam menangani isu-isu persekitaran.

Kami menawarkan khidmat menyeluruh yang merangkumi:
  • Nasihat perjenamaan/perhubungan korporat
  • Penyelidikan
  • Audit kommunikasi
  • Perhubungan media korporat
  • Perhubungan/perjenamaan pemasaran strategik, dan
  • Kempen pendidikan awam.

 
Copyright © 2012-2015 Stratagem Consultants Pte Ltd